
1. Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang semasa hidup dan terlaksana semasa hidup.
2. Rasulullah bersabda : تَهَادُوا تَحَابُّوا
Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)
3. Ringkasnya untuk melaksanakan hibah mestilah menyempurnakan rukun-rukun hibah beserta syaratnya.
4. Rukun hibah ada 4 : Pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibahkan, sighah (ijab dan qobul)
5. Hibah terbahagian kepada 2 jenis : Hibah mutlak dan hibah bersyarat
1. Hibah berlaku semasa hidup dan terlaksana semasa hidup dengan menyempurnakan rukun-rukun beserta syarat-syaratnya
2. Hibah boleh dilaksanakan secara dokumentasi atau pun tidak seperti video atau lisan/ percakapan.
3. Hibah yang mempunyai dokumentasi mempunyai bukti yang kukuh berbanding hanya sekadar percakapan lisan.
4. Apabila sesuatu kes ingin mendapatkan perintah hibah, institusi yang mengeluarkan perintah ini hanyalah Mahkamah Syariah
5. Perintah hibah (dari Mahkamah Syariah) bukan bermakna hibah ini belum sah tetapi sesuatu hibah sah kerana sempurna rukun dan syarat (rujuk no 1)
6. Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah adalah bertujuan penyelesaian sesuatu kes yang tidak dapat diuruskan tanpa perintah seperti ada tentangan dari pihak tertentu, proses pindahmilik memerlukan bukti formal, penerima hibah bukan dikalangan waris qodim, dsb
7. Saksi di dalam dokumen hibah bukanlah sebahagian rukun hibah tetapi untuk memudahkan proses pelaksanaan di peringkat waris-waris atau apabila di bawa kes ke Mahkamah Syariah
8. Silap faham apabila hibah di bawa ke Mahkamah Sivil sedangkan bidangkuasa hibah adalah di bawah bidang Mahkamah Syariah
9. Sesuatu harta yang dihibahkan boleh jadi di dalam geran terus ditukar nama kepada penerima hibah atau geran tidak ditukar nama penerima hibah. Bergantung bagaimana pihak pembuat dokumen hibah ini melaksanaan sesuatu hibah
1. Hibah berlaku semasa hidup dan terlaksana semasa hidup
2. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja semasa hidup tanpa ada had maksimum atau minimum harta.
3. Hibah bukan bertujuan mengelakan faraid kerana hibah ini berlaku semasa hidup dan terlaksana semasa hidup. Adapun faraid berlaku selepas kematian pemilik harta.
4. Bagi penerima hibah di bawah umur atau oku, pemegang amanah ke atas penerima hibah ini perlulah dilantik.
6. Hibah tidak boleh ditarik balik pemberiannya melainkan pemberian kepada anak-anak dan juga keturunan (cucu/ cicit)
7. Penarikan hibah selain anak dan keturunan mestilah dengan izin penerima hibah seperti dihibahkan kepada pasangan, mak, ayah, adik-beradik, dsb
8. Walaupun diberikan hibah secara mutlak kepada anak-anak dan keturunan, hibah masih boleh ditarik semula tanpa izin mereka.
9. Pemberi hibah boleh meletakan syarat hibah selagi tidak bertentangan dengan syarak seperti masih ingin tinggal di dalam rumah yang dihibahkan atau hasil sewa ingin dinikmati walaupun rumah sewa telah dihibahkan
1. Hendaklah niat untuk berkasih sayang
2. Jauhi niat untuk mengelakan faraid atau membuat harta menjadi alat perbalahan
3. Apabila telah membuat hibah dengan niat mengelak dari faraid maka pemberi hibah perlu membetulkan niatnya semula. Tidak perlulah melalui proses rukun dan syaratnya seperti mana membuat hibah baharu
4. Seeloknya diberikan secara sama rata antara anak-anak namun tidak menjadi kesalahan apabila pemeberi hibah melebihkan seorang anak disebabkan ada alasan yang kukuh seperti seorang anak ini tidak berkemampuan.
5. Sebelum proses hibah terlaksana seeloknya pemberi dan penerima hibah faham apa itu hibah secara umum
6. Insyallah apabila niat baik membuat hibah maka datanglah pahala dan ikatan silaturrahim
1. Hibah dan wasiat mempunyai peranan masing-masing ke atas harta & pusaka yang diuruskannya.
2. Hibah berlaku semasa hidup dan terlaksana semasa hidup manakala wasiat berlaku (ijab) semasa hidup dan terlaksana selepas mati (qobul)
4. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki manakala wasiat tidak boleh diberikan kepada waris layak faraid (qadim)
5. Hibah tidak perlu minta izin waris manakala wasiat yang diberikan kepada waris qadim perlu minta izin daripada semua waris qadim
6. Hibah tidak ada had menakala pemberian maksimum wasiat hanya 1/3 harta pusaka. Jika lebih perlu ada keizinan waris qadim
7. Wasiat tanpa perlu minta izin waris apabila penerima wasiat selain waris qadim dan tidak melebihi 1/3 harta pusaka.
8. Hibah perlu ada keizinan untuk ditarik balik (apabila penerima hibah selain anak dan keturunan) tetapi wasiat tidak memerlukan keizinan untuk ditarik balik dari penerima wasiat
9. Tujuan hibah adalah berkasih sayang manakala wasiat bertujuan untuk menambah amal soleh selepas kematian
HIBAH HARTA vs HIBAH TAKAFUL
1. Kedua-dua hibah adalah sama apabila dibahaskan dari sudut syarak iaitu pemberian atas dasar kasih sayang.
2. Perbandingan hibah harta dan hibah takaful dibuat kerana perbezaan dari sudut pelaksanaan undang-undang yang ada di Malaysia.
3. Hibah harta dan hibah takaful bukan bertujuan untuk menyelesaikan hutang-piutang arwah melainkan diletakan syarat balasan (selagi tidak betentangan dengan syarak)
4. Penerima hibah harta atau penerima hibah takaful boleh sahaja berihsan untuk membelanjakan harta yang telah dihibahkan kepadanya untuk menyelesaikan hak arwah seperti hutang-piutang, kos urusan jenazah.
5. Hibah harta masih lagi tiada akta/ enekmen manakala hibah takaful sudah diletakan di dalam akta APKI/ IFSA
6. Kekeliruan ramai orang apabila membandingkan hibah harta dan hibah takaful kerana hibah takaful dilihat lebih mudah kerana tidak ada qobul sedangkan dari sudut lain hibah takaful terikat rapat dengan syarat takaful tersebut.
HIBAH HARTA vs HIBAH TAKAFUL
1. Kedua-dua hibah adalah sama apabila dibahaskan dari sudut syarak iaitu pemberian atas dasar kasih sayang.
2. Perbandingan hibah harta dan hibah takaful dibuat kerana perbezaan dari sudut pelaksanaan undang-undang yang ada di Malaysia.
3. Hibah harta dan hibah takaful bukan bertujuan untuk menyelesaikan hutang-piutang arwah melainkan diletakan syarat balasan (selagi tidak betentangan dengan syarak)
4. Penerima hibah harta atau penerima hibah takaful boleh sahaja berihsan untuk membelanjakan harta yang telah dihibahkan kepadanya untuk menyelesaikan hak arwah seperti hutang-piutang, kos urusan jenazah.
5. Hibah harta masih lagi tiada akta/ enekmen manakala hibah takaful sudah diletakan di dalam akta APKI/ IFSA
6. Kekeliruan ramai orang apabila membandingkan hibah harta dan hibah takaful kerana hibah takaful dilihat lebih mudah kerana tidak ada qobul sedangkan dari sudut lain hibah takaful terikat rapat dengan syarat takaful tersebut.

1 Lot lidi
2 Bankrap
3 Rumah belum siap (80% ke atas)
4 Rumah pusaka yang masih nama si mati
5 Rumah sebagai pemegang amanah sahaja
6 Pelanggan tidak mahu mengikuti proses ijab qobul
7 Meletakkan syarat yang terkeluar dari hukum syarak
Bermasalah kerana bahagian isteri hanyalah ¼ sahaja mengikut Hukum Faraid manakala bakinya ialah milik ibubapa simati atau adik-beradik simati jika bapanya telah meninggal dunia lebih awal. Perbalahan sangat biasa berlaku di antara adik-beradik dan pasangan simati.
Ini kerana anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibubapa angkatnya. Ini bermakna semua harta pusaka adalah milik ibubapa simati atau ibu dan adikberadiknya jika bapa telah meninggal dunia lebih awal.
Ini kerana sekiranya bapa simati telah meninggal dunia lebih awal, harta pusaka menjadi milik ibu ( jika masih ada ), pasangan, anak-anak perempuan dan adikberadik simati.
Hukum Faraid tidak pernah membezakan anak normal dan anak OKU. Ia hanya membezakan anak lelaki dan perempuan sahaja. Anak OKU berkeperluan untuk lebih harta kerana dia tidak mampu memperoleh pendapatan dan menjaga dirinya sehingga ke penghujung hayat.
Anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian. Ibubapa dalam masa yang sama menyayangi kedua-dua anak lelaki dan perempuan sama rata dan mahukan juga hartanya dibahagikan secara sama rata kepada semua anak-anak.
Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun. Harta yang berhak ke atas anak-anak ini akan dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah. Sekiranya pemegang amanah ini menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak-anak ini akan terbela. Sekiranya sebaliknya, nasib anak-anak ini akan terjejas.
Jika salah seorang dari peminjam bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut adalah harta pusakanya yang mengikut Hukum Faraidnya waris-waris mempunyai hak. Sekiranya ibubapanya masih hidup ketika itu, maka selain pasangan dan anak-anak, ibubapanya juga mempunyai hak sebanyak 1/6 setiap seorang ke atas rumah tersebut. Jika ibubapanya meninggal dunia selepas itu, 1/6 bahagian setiap ibu atau bapa ini, akan diwarisi pula oleh adik beradik simati. Ini bermakna pasangan, anak-anak dan adik beradik simati akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!
Rumah dimiliki oleh suami atau isteri. Apabila mereka meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pinjaman perumahan yang masih tertunggak. Walaupun kebanyakan pinjaman perumahan mempunyai insuran atau takaful MRTA/MRTT, didapati dalam kebanyakan keadaan, baki pinjaman tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insuran / takaful ini. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pinjaman dan selepas ia diselesaikan, waris-waris lain seperti ibubapa ( jika hidup ketika peminjam mati ) atau adik beradik ( jika tiada anak lelaki ) tetap mempunyai hak ke atas rumah ini.
Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri, jika suami mempunyai anak , bahagian isteri ialah 1/8. Namun jika terdapat 2 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/16 bahagian. Jika terdapat 3 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/24 bahagian dan jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira isteri yang pertama atau keempat.
Apabila keadaan ini berlaku, sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dan isteri baru suami. Anak-anak akan sentiasa menganggap bahawa isteri muda ayah mereka hanya berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka.
KENAPA KAMI?
AGENSI DI BAWAH SYARIKAT AMANAH YANG :-
DIYAKINI



